Perginya seorang sahabat..
walaupun aku cuma sempat kenal masa MTP 17 & 18 3 thn lps, tapi aku sangat menyenanginya..
pemergiannya secara tiba tiba memang mengharukan, memang mengejutkan
tapi siapalah kita untuk menyoal siasat, ajal maut semuanya tentuan Illahi
16 disember 2004, aku dpt sms dari minah pasal arwah kemalangan jalan raya..
sangat sangat sangat terkejut..sebab aku kenal arwah ni
sangat pemurah dengan senyuman, suka jer dengan dia..peramah pulak tu
masa mula2 kenal aku pk..sape2 yg kawin dgn dia ni mesti sangat beruntung..
mesti jadi isteri solehah
lepas tu dapat berita perkahwinan arwah dgn ambo..sorang sahabat aku masa kat MMU
memang seswai depa duaorang, kedua dua nya warak dan suka pada majlis ilmu
lepas tu dapat berita dah jadi ummi dan baba pada amiir husaini..(skang ni usianya 7 bulan)
skarang ni dia dah takde..sekelip mata kan..
masa tu aku berada di perak..jadi tak dpt menjenguk arwah kat bangi..
memang terkedu sekejap..eh lama juga..terpikir pikir sampai ke malam
smalam pun ada sahabat yg call, masih lagi nada sedih masa dia bagitau berita tu kat aku..
hmmm..takziah kepada ambo dan keluarga..banyak2kan bersabar di atas dugaanNya
semoga arwah sentiasa dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yg beriman insyaAllah..AMIN
ni blog arwah semasa hayatnya--> Ummu Amiir's POV
marilah sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada arwah Nur `Ashiqin bt Mohd Ali
0 Comments:
Post a Comment
<< Home