Monday, October 18, 2004

Hadis Palsu

Hari tu aku dengar kaset ceramah Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengenai Hadis Palsu..
hoo..byk tul info aku dpt..sambil2 racing balik melaka tu kan.. :D
1. Hanya orang yg benar2 layak baru ley sahihkan hadis tu..err..maksud aku..para sahabat Rasulullah s.a.w yg mendengar/melihat/menyaksi perbuatan dan tutur kata baginda saja yg boleh dipercayai.
2. Orang yg dikatakan sahabat tu mestilah berjumpa (tak semestinya melihat) Rasulullah s.a.w, beriman dengannya dan kalo mati, mati dalam islam
3. Orang yang mendengar hadis drp sahabat dipanggil tobi`in
4. lepas tu yg mendengar dari Tabi`in ialah Tabi` Tabi`in..(eh ni kalo silap betulkan)
5. Lepas tu susur galur sampai ke imam muslim/bukhari dll tu dipanggil sanat
6. Dan mereka-mereka yang mendengar (sampai ke Rasulullah) tu dipanggil rawi
7. Jadi kesimpulannya, kene tengok senarai perawi2 tu baru tau hadis tu sahih ke maudhu` (palsu); syaratnya semua perawi tu mesti berjumpa satu sama lain.
8. Ada la cara2 nk kenalpasti si rawi tu pembohong ke tak..cam contoh org tu nyatakan satu hadis lps tu dia kata diriwayatkan drp bukhari cthnya..then akan ditanya dia pegi jumpa bukhari tu bila..buatnya dia tu pembohong, mungkin tarikh yg dia kasi tu masa tu imam bukhari dah meninggal..kantoi ler
9. Lepas tu ada jugak dia nyatakan pasal hadis2 dari Saidina Ali (kenapa tak byk) sebabnya byk hadis2 daripada Ali yg telah dipesongkan oleh puak Syiah. Jadi sukar la nk menapis semua2 hadis daripada beliau
10. Ada jugak dia jelaskan bab kenduri arwah hari ke-3, ke-7 dan seterusnya tu
11. Dan begitu jugak bab wahabi, di mana takde puak wahabi sebenarnya. Yang ada org org yg menjaga Islam :) Mereka (yg dikatakan puak wahabi) memelihara kesucian islam dari syirik. Mcm yg derang jaga kat makam Rasulullah tu la. (Byk 'puak' ni kat mekah/madinah)

Baru habis 2 kaset. ada lagi satu baru dpt hari ni..bila aku nk dengar aku tatau la..sbb aku tak suka dengar separuh2. satu kaset 2 jam..jadik..emm..bila balik mlk balik la..utk yg last ni..

ada antara yg ust tu ckp aku dah sedar dah..macam2 hadis skang ni..dulu aku tak alert..lepas tu ada org tegur and aku ada baca kat cyberdigest bab mana2 hadis yg palsu ni. Contohnya fadhilat tarawikh setiap malam tu..hadis diriwayat dari Saidina Ali dari Rasulullah s.a.w. Tapi takder perawi yg lain..
utk keterangan lanjut baca sini: Laman Mufti Terengganu

Lagi satu kita ni mana nk tau perawi tu dulu byk utang ke, slalu berbohong ke kan..so tgk pada kandungan hadis tu sendiri (ni dlm kaset 2). Contoh macam cerita Hang Tuah dan Hang Jebat, lepas penat bertarung depa relek jap sambil makan burger dan minum pepsi. hehe..situ dah nampak flaw la..cam tak sesuai dengan zaman tu.
Lagi satu bila hadis tu macam melampau, cth sekiranya berpuasa pada sekian-sekian hari maka dapat pahala menyamai pahala 70 org nabi. mcmmana kita hanya berpuasa hanya sehari boleh menyamai pahala 70 org nabi, yg mana seorang nabi tu pun tak akan boleh disamakan ngan kita yg amalan serba dhaif ni! Jadi pikir-pikirkanla

Selalunya hadis sahih termasuklah daripada Imam Bukhari dan Muslim, Imam Ahmad, Imam Nawawi dll.
Dan lagi satu, skang ni apa2 email yg ada disertakan hadis2 ni baik la check kesahihannya sebelum nk forward kepada org lain. Kang kita termasuk dalam golongan org2 yang mendustakan Rasulullah plak. Na`uzubillah!
"Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka" (Hadis sahih Bukhari dan Muslim)
Begitu keras skali amaran Rasulullah kepada kita. Mohla kita berdoa semoga kita tak tergolong dlm golongan org yg mendustakan Rasulnya. Amin!

//naper tak ramai kt mesia yg nk jadi pakar hadis (ramai nk jadi pakar menghafal al-quran) :)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home