Hubungan sesama manusia 2
ok..sambung hari tu punya entry..
last aku type psl hubungan lelaki-perempuan bukan mahram kan..
sebab sekarang ni memerlukan perempuan sendiri keluar mencari rezeki..jadi bagaimana cara untuk menjaga batas-batas pergaulan dan penampilan dari mula keluar rumah, naik lrt ke bas ke sampai ke opis, lunch break, dan akhirnya balik ke rumah balik.
aku rasa bab berpakaian mesti semua dah tau macam mana pakaian yg menutup aurat.
menutup aurat ni bukan sekadar menutup kepala/rambut (pakai tudung) tp jugak menutup semuanya kecuali muka, kedua tapak tangan dan kaki.
Ini termasuk la seluruh tangan (bukan sampai siku jer), tudung dilabuhkan sehingga paras dada, baju kalau boleh dilabuhkan (jangan paras pinggang saja), seluar pun tak senteng sangat.
lagi satu baju/seluar/kain yg dipakai jgn la ketat sampai menampakkan bentuk badan
agak2 cam perempuan sopan la kan..:D
lepas tu bab kasut lak..heh..jgn sampai bunyi kasut menarik perhatian org lak..
aku rasa main point psl 'menutup aurat' ni ialah tak menarik perhatian mana2 lelaki yg bukan mahram..tul tak? that is my personal opinion la..jadi memana yg mekap tebal sangat, lipstik merah menyala, pakai gelang berloceng (kaki/tangan), baju yg jarang, warna yg striking giler semuanya menarik perhatian org kan...
oh..bab pakai stokin tu..aku takley nk komen sebab aku baca ada khilaf ulama` kat topik tu (samada kena pakai stokin utk tutup kaki ke idak)
kemudian soal pergaulan..kalau gelak tu jgn over sangat :D
lepas tu kalo borak ngan lelaki yg bukan mahram tu..berpada-pada la..jgn la sampai bertepuk tampor dan bermanja manja lak lepas tu buat suara menggoda..hehe..
nk berkawan ngan lelaki boleh tu memang boleh, nak pi study ngan derang..ok jer..tapi jaga la adab pergaulan ok.
sebenarnya point sebenar aku tulis tajuk ni sebab aku selalu konpius dan keliru camne cara seseorang tu nak handle diri dengan boipren/gelpren dia..ehe..
betul la..sangat susah bagi aku..senang cakap tapi sangat susah nak buat..
kadang-kadang perasaan sayang tu mengatasi segala-galanya hehe
aku slalu tengok pasangan2 ni slamber jer pegang tangan n peluk2 sumer..dulu..yer aku tak penah pk semua ni sbb masa tu aku zaman jahilliyah :) tapi skang ni dah ada kesedaran baru la nampak benda2 macam ni..ni benda yg aku nampak depan mata..kalo derang berduaan camne gaknya ek? masalahnya nampak sangat mereka tu ada tanda2 org islam sebab perempuan tu pakai tudung..aku tengok2 gak kut kut ada tanda2 org baru kawin..cam pakai cincin/inai tp takde gak eheheh
itu mende yg insyaAllah aku ley elak..tp ada benda2 halus yg kena amik perhatian gak..
org bercinta ni kalo tak jumpa, telefon, kalo tak telefon sms, kalo tak sms ber-email, kalo tak surat..pendek kata ada jer cara derang berhubung utk merapatkan lagi hubungan di samping nak mengenali pasangan dgn lebih jauh lagi dan melepaskan perasaan rindu memasing :D
aku amik contoh telefon la ok..(ni belum jumpa lagi) suara org perempuan tu dilembutkan/dimanjakan semasa bercakap, bukan setakat manja2 lagi, merengek la apa la kan..? :D sebab perasaan? nafsu? aku tak boleh nk jawab.
bagaimana plak sms/email/surat yg tak melibatkan suara? cemana lak masa baca mesej yg melibatkan perasaan ni? aku tak tau.
masa jumpa, pegang tangan, pegang baju dia, bertepuk tampar, jalan dekat-dekat..semua ni camne ni? kekadang kita akan buat tanpa disedari..
lumrah la lelaki ngan pompuan bila dah berdua (tak kira tempat ramai org ke tpt berdua saja) mesti nk rapat2, mesti nak manja2..aku tatau nak komen apa ni.
aku takut. aku takut aku terbuat benda2 macam ni bila aku jumpa dia. semua ni macam tak boleh dikawal. dengan dia mesti cakap baik2 kan..tp ni bukan baik2 macam kawan biasa. boleh ke?
aku slalu tgk roomate aku buat camtu..tp tak sampai sentuh tangan la..tersentuh ada kut..
tah la..aku taktau. aku takut la. aku taknak buat.
aku dah takut nak telefon. aku dah takut nk sms. aku dah takut nak jumpa. aku tak boleh.
habis tu camne?
telefon utk benda penting saja.
lebih baik sms dari telefon supaya tak dengar suara.
jumpa atas perkara penting saja
jumpa utk settlekan perkara penting itu saja, bkn nya jumpa suka2
aa..sangat susah..tp aku kena buat jugak..aku tatau la guideline dlm hubungan macam ni..:(
aku memang blur bab ni.
dah tu camne cara nak kenal lebih psl pasangan kita?
aku takde jawapannya. sesiapa leh tolong?
0 Comments:
Post a Comment
<< Home