Friday, September 03, 2004

Putri Gunung Ledang

Rabu - 01.09.2004.
pegi tengok PGL dengan housemate, semuanya 6 org
memang best!
pegi la tgk!
bahasa dia..err script dia best la! klasik! penuh dengan kias2, pantun2
gambar cantik, set lawa, real..aku suka masa istiadat pertabalan raja muda
memang macam real
masa aksi silat pun nampak kemas dan tangkas
lepas tu ada la special effect sana sini..masa gusti putri 'buat magic' dan masa gusti adiputra lawan ngan hang tuah
lontaran suara jelas..feel dahsyat...hahaha
aku rasa cam sangat klasik selepas tengok cerita ni..
mas smpai berair mata..terharu pasal gusti putri kena sumpah
menggerunkan bila sultan melaka marah..
ada sesapa nk explain pasal daulat tak?
emm..dari segi cerita..3/5 bintang
kalo keseluruhan emm..4 kut...cubaan terbaik bagi sebuah filem melayu yg berunsurkan epik cinta agung..cey cey cey...
"jikalau kekanda tidak kembali, adinda akan menyusul kekanda..berinjak pada bumi yang sama..bernafas dengan udara yg sama"
camtu la lebey kurang ayat gusti putri kepada kekasihnya Hang Tuah..cewah..
aku tak ingat sangat la dia punya dialog dlm citer tu..tp mmg best
lepas tu 7 teka-teki yg jawapannya adalah brg hantaran yg perlu dipersembahkan utk meminang gusti putri..mmg best ayat2 dia
director dia cina kut..sebab aku baca nama dia ni-->Saw Teong Hin
derang kata script dibuat oleh Mamat Khalid..ala pakcik yg jadik pengkritik profesional masa final AF2 ari tu la..cam tak caya jer..
pegi sini untuk info lanjut mengenai filem ni: Puteri Gunung Ledang

//aku nk cari cd dia la

0 Comments:

Post a Comment

<< Home